Top Social

Hidrat Semula Dengan Performance Drink

Wednesday, May 24, 2017

Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonik, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)!




Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee?

  • Bebas gas atau tidak berkarbonat
  • Kurang  kandungan gula (less sugar)
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!


Siapa yang sesuai untuk mengamalkan pengambilan Performance Drink?

  • Anda yang aktif bersukan
  • Anda yang ingin berpuasa (atau diamalkan semasa bulan puasa) - diambil sewaktu sahur dan berbuka puasa
  • Mereka yang menghidap penyakit gout
  • Mereka yang kurang pengambilan air
  • Ibu yang menyusukan anak (breastfeed)
  • Anda yang kerap berasa sakit kepala
  • Mereka yang gemar minum minuman berkarbonat
  • Mereka yang ingin melakukan pembedahan
  • Mereka yang sering tidur lewat malam
  • Mereka yang sering keletihan


Kenapa Performance Drink lain daripada minuman tenaga yang lain?

  • Kandungan gula yang terdapat dalam Performance Drink kurang berbanding minuman lain
  • Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah
  • Membantu mengurangkan penyah-hidratan (kurang air, kehausan) kerana Performance Drink dilengkapi dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh
  • Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
  • Performance Drink dapat membantu memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot
  • Mempunyai lebih 67 % otot glikogen (sumber tenaga)


Saya sekeluarga memang gemarkan Performance Drink dan wajib ada dalam peti sejuk di rumah kami. Suami saya, asal balik kerja kepenatan, mesti cari Performance Drink sejuk dulu. Baru rasa lega katanya dan taklah melepek saja kat ruang tamu hehehe... Untuk saya pula, bila kepenatan mengemas rumah ataupun penat dengan urusan seharian, wajib bancuh Performance Drink suam secawan. Memang sedap! :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Tingkatkan Sistem Imun Anda Bersama Nutriferon Shaklee

Tuesday, May 23, 2017

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan.

Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit.


Jom tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE!




Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.


JOM SEMAK SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL NUTRIFERON?
  • Mereka yang sering sakit, selsema, demam
  • Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan
  • Mereka yang mempunyai masalah imunisasi
  • Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara
  • Mereka yang sering stress
  • Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit
  • Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, Vitamin ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari
  • Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema


BAGAIMANA NUTRIFERON BERTINDAK?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan.

Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!

Makanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini apabila digabungkan bersama untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:




  1. Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon
  2. Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun
  3. Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih
  4. Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia



MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH NUTRIFERON?


Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia

Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.Meningkatkan paras interferon secara semulajadi.

Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.


Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon

Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.


Rumusan Berpaten Yang Eksklusif

NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.


40 Tahun Kajian

Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.


Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK)

Menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini.

Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.


1 kotak Nutriferon mengandungi 30 peket. Hubungi saya seperti details di bawah untuk pertanyaan dan tempahan :)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Loya / Morning Sickness / Gastrik / Kembung Perut? - Dapatkan Peppermint-Ginger Plus Segera!

Monday, May 22, 2017

Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:


  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.

Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan.


Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:

1) Pudina (Peppermint)

Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenangMembantu dalam penghadaman
Membantu mengurangkan mabuk laut/darat
Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.

Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema. Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.



2) Halia

Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.



3) Pokok adas (fennal)

Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.



4) Cekur Manis (anise)

Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa. Ia juga melegakan haba dimusim panas dan lembab serta memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.


Nak cuba Peppermint-Ginger Plus? Hubungi saya untuk info lanjut :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Selamat Ke Ambil Omega Guard Ketika Hamil?

Wednesday, May 17, 2017

Omega Guard memang sangat sesuai diambil ketika hamil tetapi AWAS boleh menyebabkan pendarahan ketika bersalin.

Alamak...dah tu tadi kata selamat??!

Jangan cepat melatah ye ibu-ibu hamil di luar sana. Saya betulkan fahaman dan perasaan ragu2-ragu anda. Selepas ini anda MESTI ambil tahu dan sila dapatkan konsultasi yang jelas daripada pengedar Shaklee anda ya.

Fakta tentang Omega Guard memang ada sifat mencairkan darah. Ini bermaksud ia menghalang pembekuan darah (blood clot) terutama bagi mereka yang ada masalah darah cepat beku. Selain itu, ia bertindak melancarkan perjalanan darah bagi pesakit darah tinggi.



Jadi, boleh ke wanita hamil makan Omega Guard Shaklee?

Sudah tentu boleh malah sangat digalakkan.



Antara kebaikan  minyak ikan seperti Omega Guard ini kepada ibu hamil (dan menyusu) ialah :


1. EPA menyokong organ seperti jantung, sistem imun dan tindakbalas inflammatory.

2. DHA menyokong pertumbuhan otak, mata dan sistem saraf pusat yang mana sangatlah penting  bagi ibu hamil dan ibu menyusu

3. Membantu keseimbangan hormon seperti prostaglandins yang penting untuk semua fungsi tubuh

4. Penting untuk perkembangan visual dan kognitif bayi

5. Kurangkan risiko alergi pada bayi

6. Mencegah kelahiran pra-matang

7. Mengurangkan risiko pre-eclampsia

8. Mencegah kemurungan, depresi, dan post-partum mood disorder (meroyan)


Oleh sebab kepentingannya inilah ibu-ibu sangat digalakkan mengambil sebiji kapsul Omega Guard setiap hari. Lagipun Omega-3 tidak dapat disintesis oleh tubuh manusia dan perlu diperolehi daripada pemakanan.

Mudah bukan, 1 biji sahaja sehari.



Bagaimana Pula Boleh Menyebabkan Pendarahan?

Seperti yang telah diberitahu di atas, Omega Guard mempunyai sifat mencairkan darah. Ibu hamil yang mengambil Omega Guard dinasihatkan memberhentikan pengambilan sebaik sahaja memasuki 2 ke 3 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin.

Di sini pentingnya ibu hamil mendapat konsultasi yang betul apabila ingin mengambil sebarang suplemen.

Omega Guard Shaklee hanya sesuai apabila usia kandungan memasuki trimester ke-2 dan ke-3 sahaja iaitu mulai bulan ke 4 hingga ke 8 kehamilan.

Lagi best ambil Omega Guard ini semasa hamil ialah, ia membantu mengurangkan risiko darah tinggi dan kencing manis yang kerap menyerang ibu hamil.

Pengambilan Omega Guard boleh diteruskan selepas bersalin, iaitu bagi ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan ibu.

Kebaikannya selain boleh mengatasi masalah bengkak susu / mastitis, dapat juga meningkatkan kecerdasan otak anak-anak yang menyusu kerana Omega Guard kaya dengan DHA.

Untuk info lanjut tentang Omega Guard, boleh hubungi saya seperti di bawah :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Cara Pengambilan Supplement Shaklee Untuk Ibu Hamil

Monday, May 15, 2017



TRIMESTER 1


Pagi atau sebelum sarapan :

Secawan ESP


Selepas sarapan:

1 tablet Vitamin C SR
1 tablet Vitalea
1 tablet B-Complex


Selepas makan tengahari:

1 tablet B-Complex
2 tablet Ostematrix


Sebelum tidur:

2 tablet Ostematrix



TRIMESTER 2 DAN 3


Pagi atau sebelum sarapan:

secawan ESP


Selepas sarapan: 

1 tablet Vitamin C SR
1 tablet Vitalea
1 tablet B-Complex


Selepas makan tengahari:

1 tablet B-Complex
1 kapsul Omega Guard
2 tablet Ostematrix


Sebelum tidur:

2 tablet Ostematrix


Jangan lupa amalkan pengambilan air masak yang secukupnya bagi memastikan badan dapat menyerap dengan baik kesemua vitamin-vitamin ini. 


INFO TAMBAHAN :

  • ESP sekadar diambil 1 hingga 3 sudu sehari sebelum sarapan bagi memberikan rasa kenyang dan tenaga sepanjang hari. 
  • Vitalea perlu diambil serentak bersama Vitamin C Sustained Release bagi mengoptimumkan penyerapan zat besi didalam vitalea. 
  • ELAKKAN MENGAMBIL VITALEA BERSAMA OSTEMATRIX KERANA IA AKAN MENGANGGU PENYERAPAN ZAT BESI. 
  • Pengambilan B-Complex mestilah selepas makan kerana B-Complex akan menyebabkan perut cepat lapar kerana ia membakar makanan/gula menjadi tenaga.



Perlu ke ambil OBIMIN DAN NEUROGAIN jika telah mengambil supplemen shaklee?

TIDAK PERLU kerana dikhuatiri akan terlebih dos. 
Obimin = vitalea
Neurogain = omega guard


Ibu hamil dan puasa

Wajib minum ketika sahur ialah secawan ESP bagi membekalkan tenaga di siang hari puasa. 

Supplemen-suplemen lain:
Vitamin selepas sarapan tukar kepada selepas sahur
Vitamin selepas makan tengahari tukar kepada selepas berbuka



P/s : Ini adalah jadual umum sahaja. Sila dapatkan jadual pengambilan vitamin yang khusus mengikut keperluan, daripada pengedar Shaklee anda.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Cara Yang Betul Memanaskan Stok EBM

Thursday, May 11, 2017

CARA YANG BETUL MEMANASKAN SUSU IBU (EBM) AGAR TIDAK ROSAK


Memanaskan susu ibu dengan baik, dapat mengelakkan susu ibu daripada tercemar, rosak atau hilang nutrisi dan enzim. Terdapat beberapa pilihan cara untuk panaskan susu ibu. Pilihan bergantung pada poket ibu ayah, keadaan di tempat jagaan anak-anak dan beberapa faktor lain.



CARA PERTAMA: Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk)




Alihkan susu ibu beku dari 'freezer' ke peti sejuk. Cairkan susu ibu beku sebelum ianya rosak. Boleh gunakan teknik FIFO (First In, First Out). Juga labelkan tarikh dan masa pada susu ibu yang disimpan. Ini akan menjadikan urusan simpanan susu ibu menjadi lebih baik.


Maklumat Tempoh Simpanan Susu Ibu:

Deep Freezer: 6-12 bulan

Freezer Peti Sejuk (2 Pintu) : 3-6 bulan

Freezer Peti Sejuk (1 Pintu) : 2 minggu


Letakkan susu ibu beku berhampiran dengan pintu bagi proses pencairan. Ini kerana suhunya yang lebih hangat. Cairkan pada waktu malam, sebelum diguna pada esok harinya.

Susu ibu mengambil masa 8 jam untuk cair sepenuhnya. Buka dan kacau perlahan untuk lihat susu cair sepenuhnya. Jika masih terdapat ketulan beku, masukkan semula ke peti sejuk dan biarkan ianya mencair lengkap. Atau letakkan di bawah air paip untuk cairkannya.

Sebaiknya gunakan susu ibu yang telah cair secepat mungkin. Jika tidak digunakan, boleh terus disimpan dalam peti sejuk hingga 5 hari (tanpa keluarkan dari peti sejuk). Alihkan atau jauhkan susu tersebut dari pintu peti sejuk bagi mendapatkan suhu yang lebih sejuk.

AMARAN: JANGAN BEKUKAN SEMULA SUSU IBU YANG TELAH CAIR



CARA KEDUA: Teknik Air Mengalir



Letakkan susu ibu beku di bawah tap air yang sejuk. Suhu air perlu lebih sejuk sedikit dari suhu bilik.

Menggunakan air yang sejuk pada awalnya akan meningkatkan suhu susu ibu secara berperingkat. Jika terus diletakkan di bawah air panas, berkemungkinan akan merosakkan enzim-enzim penting di dalam susu ibu.

Goyangkan bekas susu ibu yang telah cair, untuk lihat susu telah cair dengan lengkap. Perlahan-lahan naikan suhu tap air yang sedang mengalir pada susu ibu yang telah cair tadi.

Ubah suhu dari sejuk ke suhu bilik, kemudian pada suhu yang hangat dan akhirnya suhu panas. Ini akan memelihara susu ibu dari rosak.

Nota 1: Berhenti panaskan susu ibu, jika wap mula kelihatan. Susu yang terlalu panas, boleh menjadi sebab mulut bayi akan melecur.

Nota 2: Susu ibu yang sedikit sejuk adalah selamat diminum oleh bayi. Tapi jika bayi sedikit fussy, panaskanlah susu pada suhu bilik.

Jika menggunakan Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk), tidak perlu letak susu ibu di bawah air sejuk. Terus alirkan air yang hangat bagi memanaskan susu ibu.

Goyangkan susu perlahan-lahan bagi meratakan suhu. Atau boleh gunakan sudu untuk kacau perlahan.

AMARAN: JANGAN GONCANG, NUTRISI DAN ENZIM AKAN ROSAK



CARA KETIGA: Rendamkan Dalam Air Suam


Panaskan air di dalam bekas (seperti saucepot). Nyalakan api sederhana.

Tutupkan api jika air sudah mula mengeluarkan wap. Sebelum air mula mendidih, angkat dan alihkan bekas tersebut. Elakkan guna air yang mendidih.

AMARAN: JANGAN TUANGKAN SUSU IBU CAIR DAN PANASKAN TERUS DI ATAS API

Rendamkan terus bekas susu ibu ke dalam air yang telah dipanaskan. Atau jika agak ragu, pegang bekas susu tanpa jejaknya ke dalam bekas air yang telah dipanaskan.

Boleh terus panaskan susu ibu yang beku atau sejuk menggunakan cara ini.

Akhir sekali, goyangkan botol susu perlahan-lahan atau kacau dengan sudu untuk ratakan suhu.



CARA KEEMPAT: Guna Warmer (Pemanas)

Cara yang paling mudah dan ringkas. Baca manual sebelum menggunakan warmer. Warmer ini juga boleh digunakan untuk memanaskan makanan anak jika sudah mula makan.

Ada 2 jenis warmer, yang menggunakan air atau wap untuk memanaskan susu ibu. Letakkan botol susu ibu (yang telah cair). Kemudian set kan suhu yang bersesuaian mengikut manual. Bunyi atau lampu akan menyala jika proses panaskan susu ibu telah selesai.


Apa pun cara yang dipilih, mestilah memberi kemudahan kepada pengasuh anak kita. Jika pengasuh baru pertama kali kendalikan perahan susu ibu, kongsi maklumat dengannya.

Antara cara yang boleh diguna, printkan cara-cara pengendalian susu ibu. Lebih baik beserta gambar, supaya mudah paham.



***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Ingin Menyusukan Anak Sehingga 2 Tahun? Ikuti 10 Tips Ini

Wednesday, May 10, 2017



10 TIPS AGAR PENYUSUAN BERJALAN LANCAR


1) Kerapkan Menyusu / Mengepam

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari.
Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu.
Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti.
Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan.
Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.
 Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.



2) Jangan Tunggu Payudara Penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat.
Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.



3) Minum banyak Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu.
Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.



4) Fikir Bayi Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming.
Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu.
Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda.
Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
Masa hendak mengepam susu lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...



5) Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan.
Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam
Hujung minggu adalah masa untuk membuat stok.
Bagaimana? Guna tips no 6 dan no 7.



6) Tandem Pumping

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.



7) Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu.
Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.
Jadi selepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu.



8) Menyusu / Mengepam Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam.
Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain.
Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk).
Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara.
Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya.
Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
Mengepam lebih lama juga boleh buat letdown 2-3x tau.



9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.



10) Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar.
Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting.
Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.


Happy Breastfeeding! :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Berapa Lama Susu Ibu Boleh Bertahan?

Tuesday, May 9, 2017



Panduan Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Anak


- Susu yang baru sahaja diperah, tahan selama 4 jam pada suhu bilik.

- Susu yang disimpan di dalam peti sejuk (rak yang paling berdekatan dengan freezer) tahan sehingga 24 jam dari waktu diperah.

- Susu yang disimpan di tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu tahan selama 2 minggu.

- Susu yang disimpan di tempat beku bagi peti sejuk 2 pintu tahan selama 3 bulan.

- Susu yang disimpan di deep freezer tahan sehingga 6 bulan.

- Susu yang telah diturunkan dari tempat beku ke rak bawah (dicairkan), tahan sehingga 24 jam dari waktu diturunkan.

- Susu yang telah dipanaskan tahan selama 1 JAM SAHAJA. Jadi mesti dihabiskan dalam tempoh tersebut. Jika sudah melepasi 1 jam dan anak tidak habiskan susu, susu itu mestilah dibuang (tidak boleh diminum lagi).



INFO TAMBAHAN

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah dipindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).

Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).


2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bahagian sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.


3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangkan tempoh hayatnya.


4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.


5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 1 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.



***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Performance Drink Bukan Milkbooster

Monday, May 8, 2017



Ibu sedang menantikan kelahiran?
Berdebar dan risau tiada tenaga mahu bersalin?

Anda patut cuba Performance Drink kerana ia memberi tenaga yang berpanjangan kepada anda sepanjang proses kelahiran!



Khasiat dan Kebaikan Performance Drink

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

6. Ia bukan saja untuk ibu menyusu / mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang bekerja di tengah panas. Anak-anak yang demam pun elok ambil Performance Drink bagi mencegah dehidrasi.


Berminat nak cuba Performance Drink? Jangan malu jangan segan terus hubungi saya seperti detail di bawah :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

7 Tips Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Saturday, May 6, 2017



Sebenarnya ada banyak cara yang ibu boleh lakukan untuk mendapatkan kembali perut kempis bak anak dara atau sekurang-kurangnya tidak buncit seperti wanita hamil tiga bulan.

Misi mendapatkan kembali perut kempis boleh direalisasikan asal sahaja ibu ada kemahuan dan berdisiplin. Nak tahu apa caranya?

Nampak macam senang tetapi ia memerlukan disiplin yang tinggi demi sebuah misi!


1) Menyusukan bayi sepenuhnya

Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu.

Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.


2) Berbengkung dalam pantang

Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan.

Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis.

Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan (yang bersalin melalui pembedahan boleh dapatkan nasihat doktor dan setahu saya skrg dah ada jual bengkung khas untuk yang bersalin secara pembedahan).


3) Bertungku dan bertangas

Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim.

Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.


4) Jaga makan

Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati.

Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber.

Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.


5) Jangan lupa bersenam

Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut.

Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.


6) Hati-hati dengan postur badan

Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang.

Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.


7) Jom detoks

Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis.

Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan.

Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.


Sumber : Majalah Pa & Ma


Jika ibu-ibu ingin mengamalkan supplemen bagi tujuan mengempiskan perut selepas bersalin, saya syorkan untuk mengambil SET MENYUSU + KURUS SHAKLEE 2 in 1. Set ini membantu memberikan nutrien yang berkhasiat kepada ibu selepas bersalin yang menyusukan anak dan pada masa yang sama membantu ibu untuk menurunkan berat badan.



ESP

  • sebagai sumber protein yang mampu memberikan ibu tenaga berpanjangan
  • memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama
  • merangsang penghasilan susu dan memekatkan susu ibu
  • membakar kalori dan membantu menjaga otot
  • menghalang berat badan naik dengan mudah
  • menjadikan kulit lebih cantik berseri, anjal, menghilangkan parut dan stretchmarks
  • menegangkan payudara

ALFALFA
  • membantu melawaskan pembuangan
  • berfungsi sebagai agen detoks yang membuang bahan-bahan toksik daripada dalam badan
  • sebagai milkbooster
  • membantu sistem kewanitaan ibu agar rasa lebih selesa

LECITHIN
  • sebagai agen pemecah lemak dan kolesterol (emulsifier)

Untuk info lanjut tentang ketiga-tiga produk ini, boleh hubungi saya seperti details di bawah :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Peraturan Asas Pengambilan Vitamin

Thursday, May 4, 2017



SELEPAS SARAPAN

Vitamin yang disarankan diambil pada waktu pagi ialah vitamin yang berfungsi untuk membekal tenaga iaitu :
Vita-Lea
B-Complex
Vitamin C
ESP / Cinch / Meal Shakes



SELEPAS MAKAN TENGAH HARI

Kebiasaannya kita akan mengambil makanan berat pada waktu ini iaitu nasi dan lauk-pauk.

Jadi pengambilan makanan yang berminyak akan membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K. Sangat sesuai ambil :
Lecithin
OmegaGuard
Vita-E Complex
GLA Complex (GLA tidak digalakkan diambil bersama vitamin E. Jika ambil kedua-duanya, ambil GLA selepas makan tengah hari dan Vitamin E selepas makan malam atau sebaliknya)



SELEPAS MAKAN MALAM

Lecithin
Alfalfa Complex
OmegaGuard



SEBELUM TIDUR

Ostematrix
ESP (Terutama untuk ibu menyusu)
Herblax (2 kali seminggu sahaja)



Tambahan:

1. Nutriferon - seminggu satu sachet sahaja kecuali ketika rasa nak demam atau demam, boleh diambil setiap hari.
2. Vivix - selepas makan



PENTING!!

    Vitalea tidak boleh diambil Ostematrix atau susu
    Vitamin E tidak boleh diambil bersama Alfalfa
    Pastikan pengambilan air masak mencukupi (2 hingga 3 liter)



VITAMIN LARUT AIR (B dan C) :

Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.



VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) :

Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.



LECITHIN :

Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Your Favourite SID :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Cara Guna Basic H Pada Waktu Biasa & Waktu Kecemasan

Wednesday, May 3, 2017

Basic H  - bukan sekadar pencuci. Bukan sekadar boleh digunakan pada waktu biasa, malah boleh juga jadi penyelamat pada waktu kecemasan!

Haaa.. menarik bunyikan kan... sebab tu hari ni saya nak kongsikan, macamana cara nak guna Basic H pada waktu biasa & pada waktu kecemasan.

Jom baca ;)




Kegunaan Basic H Pada Waktu Biasa


1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia

    Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5 – 10 minit, kemudian bilas dan toskan.



2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet

    Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5 – 10 minit, kemudian bilas dan toskan.



3. Mencuci & membersih makanan basah seperti mee kuning, kuetiau dsbnya daripada bahan awet

     Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit, kemudian bilas dan toskan.



4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)

     Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak



5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya

     Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus.



6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya

     Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas



7. Mencuci & membersihkan lantai serta alat permainan

     Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai.



8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya

     Titikkan 5 titik Basic H di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal



9. Mengasah Pisau

     Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam



10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya

       Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas



Kegunaan Basic H Pada Waktu Kecemasan


1. Menghapuskan kutu di atas kepala. 

Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15minit barulah di bilas.



2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas

Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.



3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.

Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.



4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.



5. Sakit Gigi
Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur.  Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkn 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.



6. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)
Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.



7. Ulser dan mulut berbau
Caranya: Tuangkan  4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)



8. Penyubur tanaman dan pengembur tanah
Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram  pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.



9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.

Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.



10. Mencuci kasut sekolah anak

Caranya: Tuangkan 3-4 titik basic H ke dalam besen kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 20 minit. Selepas rendam, sental sedikit kasut tersebut dan baru lah dibilas. Hasilnya kasut jadi putih bersih.





















Dapatkan Basic H segera hari ini, whatsapp saya di 0187669798 untuk info lanjut :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Your Favourite SID :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia