Top Social

Kulit Lebih Muda Menawan Dengan Shaklee Collagen Powder

Monday, July 30, 2018
Untuk rasa lebih sihat dan kulit lebih muda menawan, apa kata cuba Shaklee Collagen Powder* hari ini?

Shaklee Collagen Powder : 1 kotak ada 15 sachet


Apakah Sebenarnya Shaklee Collagen Powder ini ya?

Shaklee Collagen Powder merupakan supplement kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, yakni kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Berat molekul kolagen ini ialah kira-kira 1,000 Dalton sahaja, bermakna ia dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Apakah Bahan-Bahan Utama Dalam Collagen Powder Ini dan Fungsi-Fungsinya?

8 Bahan Utama Dalam Shaklee Collagen Powder
Kredit : Mummy Maira Wardrobe


1) RSS Collagen dari Sisik Ikan Merah

Fungsi : 
Sebagai sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding dengan kolagen binatang.


2) Ekstrak Biji Benih Camellia japonica

Fungsi : 
Membantu mengurangkan radikal bebas kerana kandungan asid oleiknya (sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul) dan isoflavon (bahan antioksida semulajadi).


3) Ekstrak Pfaffia (juga digelar sebagai ginseng Brazil)

Fungsi : 

Menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lebih lembut, lembap dan rata.


4) Elastin Dari Kolagen Ikan

Fungsi : 

Dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.


5) Vitamin C

Fungsi : 

Menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita.


6) Vitamin B

Fungsi :

Terlibat dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.


7) Ekstrak kerang-kerangan

Fungsi :

Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.


8) Lactobasilus acidophilus

Fungsi :

Sebagai bakteria baik, ia membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.



Lihat semula kulit anda? Adakah ia cukup kolagen ataupun sebaliknya?

Kredit : www.mamacilik.com


Pengambilan kolagen adalah lebih selamat berbanding suntikan atau pembedahan. Namun perlu diingatkan, mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan laut perlu mempertimbangkan semula untuk mengambil Shaklee Collagen Powder kerana kandungannya terdiri daripada ekstrak kerang-kerangan.


Berminat nak cuba Collagen Powder Shaklee hari? Let's jommm jangan lengah-lengah lagi. Terus whatsapp Uni di +60187669798 okies! :D



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

8 Langkah Persediaan Untuk Menyusukan Anak





Persediaan untuk menyusukan anak seharusnya dimulakan sewaktu masih mengandung lagi.


Ikuti 8 Langkah Persediaan Untuk Menyusukan Anak seperti di bawah.


1) CARI ILMU

Tanpa ilmu, sukarlah para ibu hendak mula menyusukan anak. Dan akhirnya, jalan mudah ibu akan terpedaya dengan pemberian susu formula.


Oleh itu ilmu penyusuan adalah sangat penting dicari ibu dan bapa sejak mula hamil lagi. Ada banyak rujukan yang baik di Internet. Atau sebaiknya ibu bapa bolehlah beli buku seperti "Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu". Segalanya tentang penyusuan ada diceritakan.


Jika ibu bapa ada kesempatan dari segi masa dan duit, bolehlah pergi ke kelas-kelas asas penyusuan yang dianjurkan oleh hospital / pakar laktasi. Dengar secara langsung dari yang pakar membuatkan ibu dan bapa lebih mudah faham tentang susu ibu.



2) BERGAUL DENGAN PARA IBU YANG MENYUSUKAN ANAK

Ini juga persediaan menyusukan bayi yang sangat penting. Mulalah bergaul dengan para ibu yang menyusukan bayi mereka.


Pasti ada di kalangan kawan-kawan yang menyusukan anak. Sesekali lepak dengan mereka, atau join mereka mengepam susu di bilik penyusuan.


Biasanya bila mengepam, para ibu suka bertukar cerita dan pengalaman menyusukan anak. Jika sudah terbit niat mahu menyusukan anak, elakkan dari bercerita tentangnya dengan rakan-rakan yang tak menyokong penyusuan susu ibu.

Bukan apa, cuma dikhuatiri kita akan mengalah sebelum mencuba.



3) SERTAI GROUP PENYUSUAN IBU DI MEDIA SOSIAL

Ini juga boleh dilakukan oleh para ibu sebelum mula menyusukan anak. Di media sosial terutamanya di Facebook terdapat banyak group yang berkisarkan susu ibu seperti Kumpulan Ibu Menyusu.


Sertailah group-group tersebut kerana pelbagai perihal, cabaran-cabaran dan jalan penyelesaian dikongsikan oleh ibu- ibu yang sedang atau telah menyusukan anak. Ianya satu medium yang baik untuk mempersiapkan diri bagi menempuh tempoh dua tahun penyusuan.



4) BERITAHU SUAMI DAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

Jangan pandang remeh tentang ini. Kerana suami dan keluarga adalah cabaran terhebat jika mereka tidak menyokong niat nak menyusukan anak.


Seawal mungkin dari mula mengandungkan anak, beritahu suami niat mahu menyusukan anak. Ajak suami bersama-sama untuk menerokai alam penyusuan ibu.


Baca bersama artikel-artikel tentang kebaikan susu ibu, dan promote yang susu ibu dapat menjimatkan duit poketnya. Sebab tak payah beli susu formula. Dan sebaiknya mohon doa pada Allah agar suami bersama-sama bagi menjayakan niat mahu menyusukan anak.


Juga beritahu dan bincang dengan mak ayah dan mak ayah mertua. Kongsikan juga apa yang bagusnya tentang susu ibu. Mungkin ada yang tak setuju, jangan give up teruskan usaha agar mereka celik susu ibu.



5) PERANCANGAN BERSALIN


Para ibu sekarang perlu bijak bagi menjaga hak sebagai ibu. Siapkan satu rancangan bersalin (birth plan) dan berikan kepada doktor yang terlibat.


Perancangan ini boleh dibuat secara bertulis. Ianya cukup penting sebagai persediaan menyusukan bayi sejurus lahir nanti.


Di dalam perancangan bersalin masukkan tentang tidak mahu dipisahkan dengan anak dan mahu rooming in dengan bayi.



6) PILIH HOSPITAL YANG MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU

Jika mahu melahirkan anak di hospital kerajaan, sudah tidak perlu risau kerana mereka menyokong penyusuan susu ibu. Tetapi jika memilih ke hospital atau klinik swasta, ibu bapa  perlu waspada.


Ini kerana terdapat hospital atau klinik yang tidak menyokong. Apabila bayi lahir, mereka akan pisahkan ibu dan bayi. Bayi tadi akan diletakkan di satu bilik khas dan diberikan susu formula sebagai susu pertama.


Oleh itu, pilih hospital atau klinik yang betul.



7) BERHUBUNG DENGAN PAYUDARA

Berhubung yang dimaksudkan disini adalah mula kenali payudara. Dan bagaimana ia dapat menghasilkan susu.


Juga apabila kandungan masuk 6 bulan, mulalah mengurut payudara perlahan-lahan. Cubalah demo cara dan posisi penyusuan supaya para ibu lebih bersedia dan tidak mudah panik.



8) PENGHASILAN SUSU IBU DAPAT DIBANTU DENGAN PEMILIHAN SUPPLEMENT YANG BETUL

Pemilihan supplemen juga turut membantu penghasilan susu. Kami di Shaklee menawarkan pelbagai set untuk ibu hamil dan ibu menyusu.

Klik di sini untuk :
Set Hamil Shaklee
Set Berpantang Shaklee
Set Menyusu Shaklee


Untuk info lanjut jangan segan-segan whatsapp Uni tau. Uni always ready dan excited nak share dengan ibu-ibu betapa bestnya journey penyusuan susu ibu dengan Shaklee! :D


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

11 Panduan Tidur Lena Bagi Ibu Hamil


2 kali kehamilan sebelum ini, ada masanya Uni rasa serba tidak kena sewaktu hendak tidur malam. Semasa awal kehamilan, masih okay, namun semakin kandungan membesar, jadi serba tak kena sehinggakan kadang-kadang tak boleh nak tidur.


Selalunya bila jadi macam ni, Uni akan minum segelas milo suam, barulah rasa lega dan boleh tidur lena.


Ibu-ibu yang hamil ada tak masalah untuk tidur lena?



Kalau ya, jangan risau.


Ini dia Uni kongsikan 11 Panduan Tidur Lena Bagi Ibu Hamil. Semoga ia membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih lena :)


1) Susu / Minuman panas / Minuman suam

Seperti yang Uni nyatakan tadi, meminum segelas susu / minuman panas / minuman suam akan membantu untuk mudah tidur. Kadang-kadang kita rasa lapar tapi bukan lapar sangat. Rasa haus tapi bukanlah haus sangat. Cuma rasa nakkan sesuatu untuk ditelan supaya dapat tidur.


Jadi, jangan pula cari makanan berat atau makanan segera. Hanya perlu minum segelas susu / minuman panas / minuman suam, in shaa Allah selepas itu anda pasti tidur lena.


2) Bantal peluk / Support pillow untuk ibu hamil

Untuk Uni, Uni perlukan satu bantal untuk dipeluk dan satu bantal lagi untuk diletak di belakang badan sebagai sokongan untuk badan yang semakin memberat. Ia juga ibarat sokongan untuk perut yang semakin membesar.


Selain itu anda juga boleh mendapatkan support pillow khusus untuk ibu hamil. Bantal ini berfungsi untuk menyokong perut dan belakang badan sekaligus.


3) Pakaian yang sesuai

Pakailah pakaian yang longgar yang agar ia mudah menyerap peluh semasa tidur dan anda juga berasa selesa. Ada juga jenis material yang membuatkan kita berasa panas semasa tidur, elakkan jenis pakaian sebegini kerana ia mengganggu kita untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti.


4) Suhu bilik terlalu panas atau terlalu sejuk

Jika suhu bilik terlalu panas, anda akan mudah berpeluh-peluh dan basah sekaligus membuatkan sukar untuk tidur. Apatah lagi sewaktu hamil, suhu badan memang akan meningkat daripada biasa (ibu hamil mudah rasa panas).


Jika suhu bilik terlalu sejuk pula, boleh menjadikan ibu hamil menggigil-gigil dan tidak selesa sewaktu tidur. Jadi pastikan suhu bilik sentiasa nyaman yang sesuai dengan anda, tidak kiralah sama ada menggunakan kipas ataupun penghawa dingin.


5) Bau losyen yang lembut dan menenangkan

Selain daripada berfungsi untuk melembapkan kulit, sesetengah losyen biasanya dilengkapi dengan bau-bauan yang lembut seperti lavender, rose, chamomile dan sebagainya, yang boleh membangkitkan mood tenang dan bersedia untuk tidur.


Apa kata sapukan losyen ke bahagian tangan dan lengan dan pejamkan mata sambil menikmati aromanya? Sedar-sedar nanti rupanya anda sudahpun terlelap :)


6) Suasana bilik terang atau gelap

Ada ibu hamil yang suka tidur dalam suasana bilik terang benderang. Ada pula yang suka tidur dalam bilik yang dimatikan suis lampunya. Ada pula yang matikan suis lampu bilik tidur tapi membuka lampu di bilik air ataupun lampu di meja kecil untuk pencahayaan yang minima dan malap.

Apapun, pilih suasana yang anda suka yang boleh membantu anda untuk dapatkan mood untuk tidur.


7) Urutan sebelum tidur

Ha, yang ini memang betul. Uni dulu semasa hamil, sangat suka request suami untuk urut kaki Uni sebelum tidur. Penat berjalan ke sana ke mari, bila sahaja diurut kaki, Uni boleh tidur lena sampai ke pagi siap krohhh krohhh lagi! Hahahaha


Suami pun layankan sahaja, itu lebih baik daripada Uni mundar mandir dalam bilik sebab tak dapat tidur.


Jadi boleh cuba minta suami urutkan kaki / bahu / tangan kerana urutan ini sebenarnya menenangkan dan membantu untuk tidur lena.


8) Mandi air suam

Jika tidak boleh juga, boleh cuba untuk mandi dengan air suam. Ia dapat melegakan badan supaya bersedia untuk tidur.


9) Makan biskut

Makan biskut cicah susu / milo. Cubalah, perut anda akan berasa lebih selesa dan selepas itu anda pasti tidur lena.


10) Tinggikan bantal di bahagian kepala

Sesetengah ibu hamil dengan kehamilan yang semakin membesar, mudah berasa pedih ulu hati dan tidak boleh tidur kerana terasa asid naik ke dada.


Caranya, tinggikan bantal di bahagian kepala kerana ia membantu asid turun ke perut dan mengelakkan asid naik ke bahagian esofagus.


11) Bacaan ayat Al-Quran / zikir / muzik instrumental

Cuba pasangkan bacaan / muzik ini dengan volume yang rendah atau sederhana, cukup untuk didengari oleh telinga anda sahaja. Ia membantu untuk menenangkan jiwa dan membantu untuk mencapai alpha mode (keadaan di mana badan dan minda dalam mode tenang dan relaks) dan memberi isyarat kepada badan dan minda untuk tidur lena.



Ibu-ibu hamil sekalian, jangan lupa dapatkan Set Hamil Shaklee untuk membantu anda menikmati perjalanan kehamilan yang sihat dan menggembirakan :)


Set Hamil Shaklee terdiri daripada :


ESP, Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix, Omega Guard


Set Hamil Shaklee membantu untuk :


Badan lebih bertenaga 

Kurang rasa penat walaupun sedang hamil

Badan kurang lenguh 

Tidur lebih lena 

Tiada lagi rasa kebas atau kejang 

Membantu masalah sembelit masa hamil 

Mengawal paras kolesterol si ibu 

Mencegah dan mengelak anemia/HB rendah masa hamil 

Menguatkan antibodi si ibu 

Mencantikkan kulit ibu dan bayi bakal lahir 


Berminat untuk dapatkan Set Hamil Shaklee dengan HARGA JIMAT? Jom terus whatsapp Uni di +60187669798 :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

2 Punca Gusi Berdarah Ketika Hamil Dan Cara Mengatasinya




Tahukah anda, mengandung merupakan proses perubahan  fisiologi  badan seseorang wanita?


Apabila mengandung, wanita akan mengalami perubahan ketara daripada aspek fizikal dan rohaninya, termasuklah kesihatan secara menyeluruh. Di dalam konteks ini, kesihatan mulut  juga tidak terkecuali di mana gusi akan menjadi lebih lembut dan sensitif.


Apabila mengandung, perubahan paras hormon estrogen dan progesteron meningkat. Peningkatan paras hormon-hormon ini mengakibatkan kesihatan gusi terjejas di mana pengumpulan plak (sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gusi dan gigi akibat daripada tidak memberus gigi dengan berkesan) menyebabkan keradangan gusi (gingivitis) dan jika tidak dirawat segera, akan menyebabkan periodontitis yang lebih serius.


Gusi berdarah ketika hamil, bukan lah satu situasi yang pelik. Ianya normal. Yang tidak hamil pun kadang-kadang mengalami masalah gusi berdarah. Apa punca gusi mudah berdarah apabila hamil?



PUNCA GUSI BERDARAH

Ada 2 sebab iaitu :-

  • Berlaku pengumpulan plak pada gigi. Perubahan hormon semasa hamil boleh membuat gusi ibu hamil lebih terdedah kepada plak, yang membawa kepada keradangan dan pendarahan. Ini juga dikenali sebagai gingivitis kehamilan atau penyakit gusi. 
  • Perubahan hormon semasa hamil juga boleh menyebabkan membran mukus membengkak. Akibatnya gusi juga membengkak.


ADAKAH GUSI BERDARAH MERBAHAYA KEPADA KANDUNGAN?

Mungkin merbahaya dan mungkin juga tidak. Akan jadi merbahaya bila gingivitis berkembang menjadi keadaan yang lebih serius dipanggil periodontitis.


Periodontitis boleh melemahkan tulang-tulang dan tisu-tisu yang mencengkam gigi pada rahang. Periodontitis yang tidak dirawat pula boleh menyebabkan gigi tercabut.


Ada kajian juga telah menunjukkan bahawa periodontitis semasa hamil boleh meningkatkan risiko bayi pramatang atau praeklampsia.



BAGAIMANA CARA MENGATASI MASALAH GUSI BERDARAH KETIKA HAMIL?

Menjaga kebersihan gigi dan mulut dengan cara :

  • Bersihkan gigi dengan teliti 2 kali sehari selama 2 minit 
  • Floss setiap hari.
  • Berus lidah untuk minimakan jumlah bakteria berkumpul dalam mulut
  • Guna berus gigi berkepala kecil dengan filamen lembut - pastikan ia selesa untuk dipegang.
  • Elakkan minuman manis (seperti minuman bergas atau teh manis) dan makanan manis terlalu kerap 
  • Jika anda lapar antara waktu makan, amalkan makan snek sayur-sayuran dan elakkan makanan bergula atau berasid.
  • Elakkan ubat kumur yang mengandungi alkohol. 
  • Jika  loya dan muntah,kumur mulut dengan air kosong. Ini akan membantu mencegah asid dalam muntah anda menyerang gigi. Jangan berus gigi anda dengan segera kerana ia akan dilembutkan oleh asid dari perut anda. Tunggu kira-kira sejam sebelum memberus.
  • Makan dengan betul. Pastikan cukup kandungan Vitamin C dan Kalsium yang diperlukan ketika hamil. 


VITAMIN TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH GUSI BERDARAH KETIKA HAMIL?

Ibu hamil boleh mencuba Vitamin C dan Ostematrix.




VITAMIN C

Membantu tubuh melakukan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas tulang, gigi, dan tulang rawan, dan ia juga membantu menyembuhkan luka.


Vitamin C membantu lapisan gusi (epitelium) kekal sihat walaupun bakteria mendiami mulut.


Gusi yang sihat akan elakkan bakteria daripada akar gigi walaupun kedudukan bakteria dekat dengan gusi.


Apabila bakteria mula menembusi gusi, melalui luka-luka kecil atau lapisan yg lemah, sistem imun akan melawan untuk membasmi bakteria berbahaya.


Jadi Vitamin C menghalang penghasilan plak dan tartar.







OSTEMATRIX

Ostematrix adalah pil kalsium magnesium dengan Vitamin D. 


Kalsium diperlukan untuk memulihkan apa-apa kekurangan yang boleh menyebabkan penyakit periodontal. 


Penyakit dan gangguan gusi periodontal adalah salah satu bentuk osteoporosis mulut. 


Kalsium tambahan boleh menguatkan tulang yang mencengkam gigi, membantu mencegah kehilangan gigi.



Nak dapatkan Vitamin C dan Ostematrix untuk masalah gusi berdarah semasa hamil? Jom terus whatsapp Uni di +60187669798 :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Segala Yang Anda Mesti Tahu Tentang Vitamin E Shaklee





Vita-E Complex daripada Shaklee merupakan Vitamin E yang paling lengkap di pasaran kerana :

  • diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum
  • ekstrak d-alpha tocopheryl dan d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi
  • digabungkan dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta)
  • mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan serta melindungi retina.
  • diperkaya dengan ekstrak grape seed


MANFAAT UTAMA VITA-E COMPLEX

1) Melindungi Jantung - pengambilan harian 800 IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.


2) Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif - kajian pada tahun 1924 mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800 IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.


3) Anti-Penuaan - 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.


4) Anti-Oksidan Yang Kuat - Pengambilan lebih daripada 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.


5) Kelestarian Tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.


6) Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.


7) Menghalang Keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.


8) Memperbaiki Parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.



ADAKAH ANDA MENGAMBIL VITAMIN E DENGAN CUKUP?

Untuk 400UI Vitamin E (bersamaan dengan 1 biji Vitamin E), seseorang perlu  mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas :




APAKAH VITAMIN E SHAKLEE SELAMAT?

Di dalam buku "Prescription For Longevity" yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan Vitamin E secara terperinci.


Secara global, terdapat lebih daripada 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamtan Vitamin E.


Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan Vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok hampir 33%.


Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3200 UI (8 biji Vitamin E).


Link Journal Kajian Selenium - Supplemen Vitamin E Pada Lelaki Tidak Subur : Kesan Ke Atas Parameter Air Mani dan Kehamilan


Kesimpulan daripada jurnal ini : Tambahan Selenium (Se) dan Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutamanya pada pergerakan sperma (lebih aktif).


Oleh sebab itu, Vitamin E merupakan salah satu supplemen yang dicadangkan dalam Set Kesuburan (usaha untuk hamil).


Anyone berminat nak dapatkan info lanjut Vitamin E ataupun nak terus buat pembelian boleh whatsapp Uni di +60187669798 :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Keistimewaan Vitamin E Shaklee





Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium (as selenium yeast).


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.


Dan yang istimewa tentang Vita-E Complex Shaklee ini ialah ia diperkaya dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya.


KEBAIKAN GRAPE SEED EXTRACT

★Menyingkirkan radikal bebas
★Mengurangkan radang (inflammatory)
★Membantu kesihatan otak, kulit dan mata
★Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
★Mencegah masalah kelenjar prostat
★Melambatkan proses penuaan
★Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
★Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
★Membantu fungsi sistem saraf otakMeningkatkan daya pertahanan



KEISTIMEWAAN VITAMIN E SHAKLEE

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas
  • Memperbaiki peredaran darah
  • Memperbaiki tisu
  • Melindungi paru paru dari pencemaran udara
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
  • Mengurangkan parut & masalah jerawat
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
  • Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
  • Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat 
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Merendahkan kadar kolesterol
  • Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
  • Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
  • Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
  • Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
  • Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
  • Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu



PANDUAN MEMBELI VITAMIN E (PENTING!!)

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.


Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli.


Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia.



MENGAPA MEMILIH SUMBER ASLI?

Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan ini akan menyebabkan toksik di kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.


Jom dapatkan info lanjut ataupun terus buat pesanan dengan whatsapp Uni di +60187669798



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Vitalea - Supplement Paling Asas

Sunday, July 29, 2018

Hari tu Uni nak beli susu anak, kebetulan dah dekat-dekat area Taman Daya, so plan nak singgah kat satu kedai sensei (betul ke ejaan ni). Kedai tu memang jual herba Cina, susu dan pampers budak sekali.


Sampai je kat kedai tu, Uni rasa pelik, eh mana pegi kedai ni, dah tukar tempat ker. Rasanya memang Uni tak salah kedai, memang yakin memang pasti itulah kedainya.


Tapinya, kedai tu dah bertukar almost full kepada herba Cina, jenguk dari luar macam tak nampak dah jual susu dan pampers, selalunya dia ade letak display so dari luar memang nampak jelas barangan yang dijual.


Uni tak masuk dalam kedai tu, jenguk jer dari luar tapi rasa macam woahhhhh gempak betul kedai ni. Segala macam jenis herba dan tak tau ape lagi ada jual kat dalam.


Perubatan herba ni salah satu amalan orang Cina untuk membantu menjaga kesihatan tubuh badan. Masa Uni kerja dulu, colleagues semua kebanyakannya Chinese yang makan segala macam jenis herbs. Siap masuk dalam makanan dan ade yang dijadikan minuman. Memang rajin amalkan setiap hari.


Kalau nak bergantung kepada pemakanan seharian sahaja untuk menjaga kesihatan tubuh badan, rasanya kita pun tau sejauh mana "sihatnya" makanan yang kita makan, kan? Jadi inilah kepentingan pemakanan tambahan contohnya seperti vitamin / jamu / herba sebagai salah satu cara untuk kita menjaga kesihatan masing-masing.


Kalau makan nasi berlauk di kedai, kita pun tak pasti lauk yang dimasak tu lauk baru ataupun yang dah dipanaskan berkali-kali. Kalau masak di rumah pun, kita still guna garam, gula, perasa, sos itu ini untuk beri rasa sedap. Memang tak boleh lari dari hakikat ni.


Ada pula yang jenis tak makan sayur, memilih sayur. Ataupun makan sayur tapi sayur tu dah dimasak dengan suhu yang tinggi sampai habis musnah semua nutrien kat dalam sayur. Jadi sayur macamana yang kita makan sebenarnya.


Sebab tu lah pentingnya mengambil makanan tambahan / supplement untuk memenuhi keperluan nutrisi kita sehari-hari. Nak beli buah pun, bukannya murah harganya. Boleh tahan juga.


Oh ye, nak beli buah pun kena pandai pilih. Sekarang buah pun dah ada yang diubahsuai secara genetik (gmo). Biar cepat masak, cepat besar, kulit buah cantik mulus supaya mata customer tertarik (eye catching) dan terus beli.


Kalau nak mula dengan supplement yang paling asas, boleh ambil VITALEA dulu. Vitalea ini multivitamin yang lengkap dengan nutrisi harian yang diekstrak daripada sayuran dan buah.


Pantas larut dalam air dan dalam tubuh manusia (dengan teknologi Explo-Tab), jadi bila ambil Vitalea, memang kita dapat rasa keberkesanannya dengan cepat. Badan jadi lebih cergas dan bertenaga!





Sebotol Vitalea ada 120 biji, tahan untuk 2 bulan. Memang best!


Senang jer kalau nak order Vitalea ni, boleh terus wasap Uni ya :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)


|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Masa Untuk Kembali Menulis dan Berkongsi di Blog

Saturday, July 28, 2018





***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Stubborn vs Flexible


Be STUBBORN on your GOALS

But

Be FLEXIBLE on your METHODS



***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)


|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Jangan Biarkan Muka Ditumbuhi Jerawat Akibat Penggunaan Alat Solek



Untuk mengelakkan muka ditumbuhi jerawat akibat penggunaan alat solek, anda perlu :


1) Membersihkan mula dan solekan sebelum tidur. Gunakan pencuci muka yang lembut pada kulit dan penyegar untuk membersihkan kulit muka.


2) Pilih alat solek yang mempunyai label non comedogenic untuk mengelakkan kesan solekan terkumpul dalam liang roma pada muka.


3) Bersihkan alat solek seperti berus dan alat solek anda sengan sabun antimikrobial untuk menghapuskan bakteria.


4) Gunakan alat solek berasaskan bedak berbanding cecair kerana cecair mengandungi kandungan minyak yang tinggi.


5) Cuba tukar jenama alat solek jika yang anda gunakan sekarang menyebabkan kegatalan dan radang pada kulit muka anda.


6) Elakkan memakai alat solek terlalu kerap untuk memberi peluang kulit anda sembuh dan segar.


7) Elakkan menggunakan minyak wangi yang berbaus manis kerana ia boleh menjadi punca alahan dan iritasi pada kulit muka dan leher.


8) Elakkan menggunakan bedak muka atau pemerah pipi yang berkilat atau 'sparkle' kerana ia mengandungi mica, struktur yang kasar dan boleh melukakan permukaan kulit anda.


Sumber : Berita Harian, 11 Mei 2015 @ Bicara Cantik



***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Jangan Mulakan Hari Anda Dengan Berfikiran Negatif!



Teringat Uni akan kata-kata Dr. Azizan Osman (DAO ) semasa Uni hadir ke Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang dikendalikan oleh beliau.


"Minda kita ini lebih cepat terima yang negatif berbanding dengan yang positif, sebab itu kita kena push dan paksa minda kita untuk fikir yang positif. Kita mesti kawal minda kita, jangan biarkan diri kita dikawal oleh minda kita. Kesannya sangat teruk, kepada diri kita sendiri dan bukannya kepada orang lain".




Sayangkan diri sendiri kan?


Jom mula berfikiran positif dan yang baik-baik bermula hari ini! :)



***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Pengedar Shaklee Area Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor

Friday, July 27, 2018



Uni adalah pengedar sah Shaklee di area Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor :)


Selain area yang dinyatakan di atas, Uni juga melakukan delivery di area berdekatan dan tertakluk kepada caj delivery :

  • Masai
  • Taman Sierra Perdana
  • Megah Ria
  • Kota Puteri
  • Permas Jaya
  • Plentong
  • Nusa Damai
  • Kota Masai
  • Cahaya Masai
  • Taman Scientex
  • Austin Perdana
  • Hospital Sultan Ismail (HSI)
  • Desa Tebrau

Boleh hubungi Uni untuk info lanjut, pembelian dan pendaftaran ahli Shaklee.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Kita Nampak Lebih Tua Berbanding Usia Kerana?



Semenjak dah berusia 3 series ni, Uni rasa Uni semakin prihatin soal kesihatan diri. 


Cantik itu perkara kedua, apatah lagi definisi cantik itu berbeza mengikut mata yang melihatnya, bak kata orang putih "the beauty lies in the eyes of the beholder", bermakna definisi cantik itu sangat subjektif sebenarnya.


Namun, soal kesihatan sangat penting. Pernah Uni melihat gambar seorang junior yang muda 2 tahun daripada Uni, tetapi raut wajahnya menampakkan dia sangat berusia. Uni hairan kenapa jadi begitu.


Rupa-rupanya beliau sihat sahaja, namun kesibukan sebagai surirumah menguruskan anak-anak dan rumahtangga, membataskan masa beliau untuk membelek-belek perihal diri sendiri. Itulah sebabnya kelihatan lebih berusia, nampak tua.


Bila kita tiada masa untuk memberi perhatian kepada diri kita sendiri, maka timbullah satu kenyataan "wanita ini bila berusia 40 tahun sahaja mulalah nampak lebih tua daripada suami". Haishhh..





Baru-baru ini Uni terbaca tentang AGE protein. Hendak terangkan panjang lebar di sini, saya bukanlah doktor ataupun nutritionist, namun melalui pembacaan Uni, AGE protein adalah gula dan protein yang berlebihan dalam badan kita yang bergabung menjadi satu. AGE adalah Advanced Glycation Ends Product. 


Kehadiran AGE yang berlebihan dalam tubuh badan kita menyebabkan kita nampak lebih tua berbanding usia sebenar kita.


Sebut tentang gula, teringat hari itu Uni dengar ceramah Prof Dr. Muhaya di tv. Kata beliau, kurangkan makan gula. Berkali-kali beliau tekankan betapa bahayanya gula sehingga lekat di ingatan Uni ini. Beliau cakap, gula itu manis tapi kerana manisnya gula, kita yang merana. 


Namun berita baiknya, di Shaklee, ada satu produknya yang telah diuji dapat membantu mencegah pembentukan AGE dalam tubuh badan kita dan seterusnya membantu kita untuk mengatasi masalah penuaan supaya kelihatan lebih muda berbanding usia*.





Nak cuba Vivix? Jom segera whatsapp Uni di 0187669798 :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)


|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Cara Minum Vivix Yang Betul





Uni mula konsisten mengamalkan Vivix Shaklee bermula awal tahun 2015 dan ambil 1 sudu teh sehari. Sebelum tu ada ambil tapi on off.


Sepanjang Uni mengambil Vivix, Uni tidak mengalami sebarang perubahan yang ketara, namun yang Uni perasan adalah Uni mudah rasa mengantuk. Bayangkanlah baru pukul 9.00 pm tapi mata Uni ini sudah melekat bagai ada gam di mata. Mengantuk sangat-sangat. Bila tidur pula, tersangatlah lena sampai ke pagi :D


Uni mula konsisten mengambil Vivix atas faktor keletihan dengan urusan seharian. Letihnya sehingga tiada ruang untuk Uni melayan suami dan anak-anak, diri sendiri apatah lagi. Selepas mengambil Vivix, Uni rasa lebih bertenaga dan bonusnya, tekstur kulit terasa lebih lembut dan masalah parut jerawat saya sudah berkurangan. Yeay! :)


Selain daripada itu, Uni cuba cara lain untuk minum Vivix. Caranya Uni bancuhkan Vivix ke dalam secawan air biasa. Yang hairannya, malam itu Uni tidak boleh tidur langsung. Panasnya Subhanallah. Yang lagi pelik, Uni seorang je yang rasa begitu sedangkan suami dan anak-anak tidur tanpa sebarang masalah. Bermakna ini bukan masalah kipas.


Jadi maksudnya di sini, anda boleh sesuaikan cara pengambilan Vivix mengikut keserasian badan anda. Anda boleh cuba minum direct 1 sudu teh. Juga boleh cuba dengan cara membancuh air. Lihat yang mana serasi dengan tubuh badan anda.

Macam Uni, lebih serasi dengan terus minum direct 1 sudu teh. Suami pula lebih serasi dengan membancuh Vivix ke dalam air. 


Perlu diingatkan, apa jua supplement yang anda ambil, mestilah diseimbangkan dengan pengambilan air yang secukupnya, minimum 3 liter sehari. :)


Berminat untuk mendapatkan Vivix? Jom segera whatsapp Uni di 0187669798.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.


***********************************************************************


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Bagaimana Vita-C Plus Membantu Kesihatan Anda?

Thursday, July 26, 2018




Bagaimana Vita-C Plus membantu kesihatan anda?


1) Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu meningkatkan kekenyalan (mengurangkan kedut) dan menghalang otot menjadi lembik.


2) Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


3) Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta asma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.


4) Memerangi Kanser - Ia adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimi berbahaya daripada tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.


5) Mencantikkan Kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat,


6) Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress, masalah berkaitan mental seperti keresahan.


7) Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, skurvi dan pendarahan serebral.




Dapatkan Vita-C Plus Shaklee daripada Uni hari ini! Konsultasi dijamin, harga terbaik! :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.


***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

Cukupkah Makan Buah Sahaja Untuk Dapat Vitamin C?


Buah-buahan sedapnyaaaaaa!


Tahukah anda, setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Itu untuk satu hidangan sahaja tau. 


Mengikut piramid makanan, adalah disarankan untuk mengambil 5 hidangan buah-buahan setiap hari dan disarankan juga untuk mengambilnya dengan banyak.


5 sajian buah-buahan sehari bermakna kita akan mendapat sekitar 225-300 mg Vitamin C. 


Bagaimanapun dengan jadual harian yang padat dan juga waktu makan yang tidak menentu dek faktor kesibukan kerja mahupun rumahtangga, dapatkah badan kita memperoleh vitamin C yang secukupnya daripada diet harian?


Selain daripada itu, buah-buahan hanya akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. 


Kandungan vitamin C pada buah pula akan berkurangan kepada separuh apabila ia dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada suhu yang panas.


Oleh yang demikian, adakah cukup dengan memakan buah-buahan sahaja untuk mendapat vitamin C bagi keperluan tubuh badan kita?


Sebagai alternatif, kita sebenarnya boleh mengambil Sustained Release Vita-C Plus Shaklee di mana setiap satu tablet mengandungi 500 mg vitamin C bersamaan dengan 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya sekali.





Tidak perlu susah-susah nak membasuh buah sebelum makan, nak mengupas buah, nak basuh tangan selepas makan. Hanya telan sahaja Vita-C Plus Shaklee dan teruskan melakukan kerja-kerja kita seperti biasa. Sangat menjimatkan masa, betul tak? :)


Sebotol Vita-C Plus mengandungi 180 tablet dan tahan untuk kegunaan sehingga maksimum 6 bulan. Memang jimat banyak!


Berminat? Jom hubungi untuk dapatkan Vita-C Plus Shaklee anda hari ini juga!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari