Top Social

Umrah Kali Pertama

Monday, November 11, 2019

Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa sahaja lagi Uni akan meninggalkan bumi Malaysia untuk menunaikan umrah buat kali pertama.

Rasa macam tak percaya, rasa berdebar, takut, seronok, teruja, sedih, semuanya bercampur baur.

Cerita tentang nak pergi umrah ni, sebenarnya dah bertahun-tahun bunyi nak pergi umrah tapi tak dapat diteruskan atas beberapa sebab.

Anak masih kecil, masih menyusu badan
Anak masih kecil, masih belum boleh berenggang walau sekejap, apatah lagi kalau lama
Suami belum beri keizinan untuk menunaikan umrah

Apapun alhamdulillah tahun ini rasa bersyukur sangat kerana suami beri keizinan untuk menunaikan umrah. Rasa syukur tu sampai bergenang air mata.

Setakat ini masih lagi dalam persiapan.

1) Persiapan barang-barang
2) Persiapan fizikal
3) Persiapan mental dan jiwa

Semoga semua urusan dipermudahkan. Uni juga plan untuk update Umrah Journey Uni di sini, moga Allah kurniakan kelapangan masa untuk menulis. In shaa Allah :)