Top Social

Jemputan ke Shaklee Business Leaders' National Conference (BLNC) 2020

Tuesday, February 11, 2020


Dup dap dup dap jantung. Inilah kali pertama Uni mendapat jemputan ke Shaklee BLNC, pada tahun kedua Uni serius buat Shaklee.

Apa yang membuatkannya lebih istimewa adalah, nak hadir ke event ini adalah BY INVITATION ONLY untuk leaders yang layak sahaja dan Uni salah seorang daripadanya. Syukur Alhamdulillah ❤️

Rasa diri ini masih "kecil" dalam Shaklee, tapi betul-betul rasa tak sabar nak berada dalam event BLNC ini.

Tak tahu apa yang nak dijangkakan. First time experience is always the exciting one, right? :)

Oh ya, bukan Uni sahaja yang dapat jemputan, malah suami Uni pun dijemput sama. Bestnya!

Shaklee business is truly family business, kami dah sepakat seia sekata sehati sejiwa nak buat sampai jadi. Mesti kasi jadi!

Kehadiran dah pun disahkan. Alhamdulillah.

This is the new beginning. Let's Go and Get It!!

Menulis Adalah Terapi

Friday, January 10, 2020

Uni mula menulis di blog pada tahun 2011. Tujuan menulis adalah sebagai terapi, seronok sebenarnya menulis kerana kita boleh membaca semula tulisan tersebut dan menghayatinya.

Seiring dengan pertambahan usia, peredaran masa, Uni jarang lagi menulis di blog. Beralih pula ke media sosial FB.

Tapi feeling menulis di FB memang tak sama bila menulis di blog. Ini pada pendapat Uni la :)

Asalnya Uni bermula dengan 1 blog, kemudian lahir berjenis-jenis blog dengan pelbagai niche yang berbeza.

End up, Uni fokus kepada blog ini sahaja. Blog personal masih ada, cuma domain saja tak di renew, jadi pembaca tak dapat akses.

Uni fikir nak combinekan catatan di blog personal dengan blog sitimunirah.com ini

Di sini Uni fokus tentang Kesihatan, Kecantikan dan Kehidupan, melalui Shaklee dan pengalaman peribadi.

Uni rasa Uni perlu buat jadual supaya lebih berdisiplin menulis di blog, kan?


Kisah Mama Hari Ini

Sunday, January 5, 2020
Tadi singgah ke sek keb Haziq nak beli barang kat koperasi.

Sekali nampak kat dewan terbuka ada sorang murid tengah baca doa. Suara tu Uni cam, sangat familiar.

Sanggup Uni tak masuk koperasi dulu demi nak dengar murid tu baca doa, dan nak lihat betul ke orangnya yang Uni teka.

Dari jauh, nampak warna bajunya, kulitnya yang cerah, jam tangannya.

Bila doa diaminkan dan sewaktu murid tersebut memberikan semula mikrofon kepada cikgu, sah, itu Haziq yang baca doa, wakil kepada semua murid.

Dalam hati rasa terharu, Uni terus refleksi diri bahawa setiap anak itu Allah ciptakan ada lebihnya dan ada kurangnya.

Dia mungkin kurang dari satu segi, tapi Allah berikan dia lebih dari satu segi.

Sama juga macam diri kita, kita bukan hebat dalam semua benda.

Kita ada lebih sana, kurang sini, kurang sana, lebih sini.

Dan itulah yang menjadikan kita manusia, dan bukannya nabi. Kita memang tak sempurna semua segi.

Bila murid-murid mula beredar, Uni lihat Haziq pun beredar sambil Uni hantar aura moga Haziq toleh ke arah koperasi dan lihat Uni.

Seperti yang diharapkan, Haziq toleh dan terus lambai pada Uni ❤️

Happynya Mama (macam lama jer tak jumpa padahal pagi tadi Mama jugak yang hantar Haziq ke sekolah :D )

Uni lihat ke mana hala tuju Haziq berjalan. Uni sebenarnya tak tahu pun kat mana kelas Haziq.

Rupa-rupanya kelas Haziq sebaris dengan koperasi. Dekat jer!

Apalagi, terus ambil peluang panggil Haziq datang ke koperasi.

Bila Haziq sampai, Uni terus peluk cium Haziq. Suami gelak jer katanya, "kan Mama dah peluk cium Haziq pagi tadi".

Uni senyum jer, feeling sebagai ibu memang sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata ❤️

Lepas tu Haziq terus masuk kelas dan barulah Uni masuk koperasi untuk buat belian.

Again, Uni rasa kita sebagai ibu perlu lebih memahami anak-anak kita.

Yang lebih, kita support moga bertambah cemerlang.

Yang kurang, kita bantu dia perbaiki mudah-mudahan dia tidak ketinggalan.

Terima kasih ya Allah atas peluang MASA hari ini.

Di saat aku hadir ke sekolah, di saat itu jualah Kau susunkan masa untuk aku melihat anakku membaca doa. Aku yakin semua ini bukan kebetulan.

Semoga aku terus sabar mendidik anak-anakku untuk kenal Allah, Rasulullah, Islam dan tentang kehidupan.


#MamaStory
#ShakleeWAHM
#MamaBanyakTopi
#LoveMyFamily

Moment Together

Thursday, January 2, 2020



Petang ni dapat spend time dengan Abah Uni di sini.

Sungguh, dulu masa Uni bekerja, rasanya sangat sedikit masa yang Uni dapat spend untuk my parents.

Kerja full time 5 hari, Sabtu alternate. Balik lewat. Cuti hari Ahad tapi sibuk uruskan anak sekolah.

Ingat lagi Mama ada call minta tolong something masa Uni tengah kerja dulu.

Uni cakap dengan bos nak time off. Bukan amik leave 1 hari. Bukan amik leave separuh hari, just time off.

Sudahlah tak dapat, ok fine. Tapi diucap pula kata-kata yang sangat tak sedap didengar telinga.

Dan Uni dengan rasa berat hati terpaksa cakap kat Mama, "Sori Ma, Uni tak dapat tolong, bos tak bagi keluar walaupun sekejap".

I really feel so bad pada masa itu.

Tapi tu semua kisah lama. Kini Uni bebas urus masa Uni dan tidak lagi terikat dengan time off ke, apply leave ke, cuti bergilir ke apa ke. Semua tu dah lepas.

Bila anak-anak dah ke sekolah, petang ini Uni ke sini spend time dengan Abah.

Makan fries cicah sos, makan aiskrim, minum air dan berborak.

Gelak sama-sama untuk benda yang kelakar. Kerut dahi untuk benda yang kena berfikir. Last-last fries licin, aiskrim licin, air licin :D

Walaupun cuma sejam lebih, tapi MOMENT TOGETHER itu yang mahal harganya, takkan boleh ditukarganti dengan yang lain ❤️

Uni sayang Abah. Sayang sangat.

Promosi Shaklee Januari 2020


Tengok poster ni rasa girang hatiku. Promo best-best sangat sampai tazabarrr nak share dengan korang.



Bulan ni ada promo :

☑️ OMEGA GUARD
☑️ YOUTH SKINCARE
☑️ ZINC PLUS

Special promo untuk yang baru nak join ahli, dengan belian mana-mana set di bawah terus dapat FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE + SPECIAL GIFT + CASHBACK. Wah bestnya! 😍

☑️ SET HAMIL
☑️ SET BERPANTANG DAN PENYUSUAN
☑️ SET DAILY ESSENTIAL
☑️ SET YOUTH STARTER
☑️ SET VIVIX TWINPACK

Kalau selama ni survey-survey lepas ni tak perlu survey dah. Boleh terus buat belian sebab harga tengah diskaun banyak sangat.

Yang penting, setiap belian daripada Uni akan dapat :
☑️ EXCLUSIVE CONSULTATION
☑️ JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN
☑️ TIPS-TIPS BERSESUAIAN DENGAN SET VITAMIN YANG DIBELI


Terus hubungi Uni dengan klik link whatsapp di bawah :

www.wasap.my/60187669798/shaklee


***********************************************************************

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Selamat Tahun Baru 2020


Dah masuk hari kedua baru sempat wish hehee

Semalam uruskan anak-anak sekolah. Kami kumpulan A dah start sekolah semalam.

Untuk semalam, memandangkan suami pun cuti, rasa steady sikit.

Sempatlah suami masak mee goreng dan Uni buat nasi lemak untuk makan kami sekeluarga dari pagi sampai ke malam.

Haziq sesi pagi tahun ni, bangun pagi solat Subuh sampai terlupa nak baca doa Qunut. Itu pun lepas Abahnya dah tegur, baru teringat 😂

Aimi darjah 1 tahun ni, setakat semalam okay cuma macam biasa, Aimi sejenis orang yang nak pergi awal ke sekolah. Mesti awal awal awal. Sejak dari tadika lagi memang dia macam ni. Semalam masa beratur kat sek agama, Aimi beratur belakang sekali. Pastu dia tanya,

"Mama, kita ni lambat sampai ke sebab Aimi beratur paling belakang ni".

Gigih Mama fikir, last-last "Taklah Aimi, hari ni kan hari pertama, tak kisah beratur depan atau belakang pun" sambil Mama cuba tukar topik sebab Mama rasa jawapan Mama tu langsung tak menjawab soalan Aimi hahaha.

Kejap lagi bila Aimi dah pandai tengok jam tak dapatlah Mama macam ni lagi :P

Untuk Haziq, tahun ni jadi pengawas sekolah agama, dah 3 tahun non stop cakap nak jadi pengawas akhirnya tercapai juga tahun ni.

Mama tanya "pengawas buat kerja apa?"

"Jaga pagar, jaga tangga, jaga barisan, tapi hari ni belum start kerja lagi. Esok kot baru start kerja".

Lahh anakku ingat pengawas tu sejenis pekerjaan ke, hahhaha..

"Best ke jadi pengawas?"

"Entah, Haziq rasa biasa je. Tapi susah sikitlah nak main kejar-kejar. Pengawas kan kena jaga macam-macam".

Terus Mama tergelak lagi. Dia lagi kisah main kejar-kejar dengan kawan-kawan rupanya :D

Pergi sekolah kebangsaan, Mama tak tunggu Aimi, cikgu dah pesan awal-awal tak boleh masuk dalam sekolah.

Masa Haziq dulu, 2 minggu pertama parents boleh keluar masuk sekolah. Okay sekarang rules baru. Kita follow.

Malam tadi tepat pukul 10 malam, lights off. Mama jadi cikgu disiplin merangkap warden asrama. Anak-anak semua kena tidur awal biar senang bangun pagi.

Yang kelakarnya, Mama suruh anak-anak tidur tapi dengan Abahnya tidur sekali. Penat uruskan anak, katanya. Adoi, baru satu hari. Mama ni hari-hari :D

Selamat menguruskan anak-anak to all moms and dads out there. Enjoy the MOMENT! ❤️


#ShakleeWAHM
#MamaBanyakTopi
#LoveMyFamily
#SyukurSelalu

My COD Shaklee Story

Wednesday, January 1, 2020
Masa awal-awal buat ig ni dulu, Uni fikir nak tepek je gambar cod sana sini banyak-banyak.

Bila dah letak gambar cod, ada prospek mesej tanya "takde pos ke?"

Kalau sorang je yang tanya, takpelah.

Tapi bila dikira-kira, lebih dari 10 orang tanya benda yang sama T_T

So Uni pun tepek sekali gambar Uni pos. Sejak tu takde dah orang tanya soalan tu. Lega hati mak sebab mesej sampai kepada pembaca ig.

Walaupun ig untuk cod, dari sini pun masuk order untuk pos juga. Syukur Alhamdulillah 🤲

After some time Uni terfikir nak add more to the collection iaitu nak ADD STORY TO THE PICTURE sebab pada Uni, setiap kali Uni berurusan dengan cust Uni, pasti ada sesuatu yang dapat Uni simpan buat panduan, kenangan dan ingatan.

Setakat ini, bila tengok setiap gambar, Uni dapat ingat most of the COD Shaklee stories behind it and I am proud + happy of it ❤️

Bersusah-susah dahulu
Bersenang-senang kemudian
Satu masa nanti semua ini akan jadi kenangan manis untuk dikenang
Bukti bahawa Uni bukan buat sambil lewa tapi Uni letakkan segala-galanya dalam apa yang Uni sedang usahakan

Keep going
Keep running
Almost there
Almost there
Seeing myself at the top

P/s : abaikan post campur-campur bahasa, yang penting mesejnya. Uni belum pandai tulis Mandarin, kalau tak Uni pasti campur sekali :)



***********************************************************************

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.