Top Social

Kisah Mama Hari Ini

Sunday, January 5, 2020
Tadi singgah ke sek keb Haziq nak beli barang kat koperasi.

Sekali nampak kat dewan terbuka ada sorang murid tengah baca doa. Suara tu Uni cam, sangat familiar.

Sanggup Uni tak masuk koperasi dulu demi nak dengar murid tu baca doa, dan nak lihat betul ke orangnya yang Uni teka.

Dari jauh, nampak warna bajunya, kulitnya yang cerah, jam tangannya.

Bila doa diaminkan dan sewaktu murid tersebut memberikan semula mikrofon kepada cikgu, sah, itu Haziq yang baca doa, wakil kepada semua murid.

Dalam hati rasa terharu, Uni terus refleksi diri bahawa setiap anak itu Allah ciptakan ada lebihnya dan ada kurangnya.

Dia mungkin kurang dari satu segi, tapi Allah berikan dia lebih dari satu segi.

Sama juga macam diri kita, kita bukan hebat dalam semua benda.

Kita ada lebih sana, kurang sini, kurang sana, lebih sini.

Dan itulah yang menjadikan kita manusia, dan bukannya nabi. Kita memang tak sempurna semua segi.

Bila murid-murid mula beredar, Uni lihat Haziq pun beredar sambil Uni hantar aura moga Haziq toleh ke arah koperasi dan lihat Uni.

Seperti yang diharapkan, Haziq toleh dan terus lambai pada Uni ❤️

Happynya Mama (macam lama jer tak jumpa padahal pagi tadi Mama jugak yang hantar Haziq ke sekolah :D )

Uni lihat ke mana hala tuju Haziq berjalan. Uni sebenarnya tak tahu pun kat mana kelas Haziq.

Rupa-rupanya kelas Haziq sebaris dengan koperasi. Dekat jer!

Apalagi, terus ambil peluang panggil Haziq datang ke koperasi.

Bila Haziq sampai, Uni terus peluk cium Haziq. Suami gelak jer katanya, "kan Mama dah peluk cium Haziq pagi tadi".

Uni senyum jer, feeling sebagai ibu memang sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata ❤️

Lepas tu Haziq terus masuk kelas dan barulah Uni masuk koperasi untuk buat belian.

Again, Uni rasa kita sebagai ibu perlu lebih memahami anak-anak kita.

Yang lebih, kita support moga bertambah cemerlang.

Yang kurang, kita bantu dia perbaiki mudah-mudahan dia tidak ketinggalan.

Terima kasih ya Allah atas peluang MASA hari ini.

Di saat aku hadir ke sekolah, di saat itu jualah Kau susunkan masa untuk aku melihat anakku membaca doa. Aku yakin semua ini bukan kebetulan.

Semoga aku terus sabar mendidik anak-anakku untuk kenal Allah, Rasulullah, Islam dan tentang kehidupan.


#MamaStory
#ShakleeWAHM
#MamaBanyakTopi
#LoveMyFamily
Be First to Post Comment !