Top Social

Moment Together

Thursday, January 2, 2020



Petang ni dapat spend time dengan Abah Uni di sini.

Sungguh, dulu masa Uni bekerja, rasanya sangat sedikit masa yang Uni dapat spend untuk my parents.

Kerja full time 5 hari, Sabtu alternate. Balik lewat. Cuti hari Ahad tapi sibuk uruskan anak sekolah.

Ingat lagi Mama ada call minta tolong something masa Uni tengah kerja dulu.

Uni cakap dengan bos nak time off. Bukan amik leave 1 hari. Bukan amik leave separuh hari, just time off.

Sudahlah tak dapat, ok fine. Tapi diucap pula kata-kata yang sangat tak sedap didengar telinga.

Dan Uni dengan rasa berat hati terpaksa cakap kat Mama, "Sori Ma, Uni tak dapat tolong, bos tak bagi keluar walaupun sekejap".

I really feel so bad pada masa itu.

Tapi tu semua kisah lama. Kini Uni bebas urus masa Uni dan tidak lagi terikat dengan time off ke, apply leave ke, cuti bergilir ke apa ke. Semua tu dah lepas.

Bila anak-anak dah ke sekolah, petang ini Uni ke sini spend time dengan Abah.

Makan fries cicah sos, makan aiskrim, minum air dan berborak.

Gelak sama-sama untuk benda yang kelakar. Kerut dahi untuk benda yang kena berfikir. Last-last fries licin, aiskrim licin, air licin :D

Walaupun cuma sejam lebih, tapi MOMENT TOGETHER itu yang mahal harganya, takkan boleh ditukarganti dengan yang lain ❤️

Uni sayang Abah. Sayang sangat.

Be First to Post Comment !