Top Social

My COD Shaklee Story

Wednesday, January 1, 2020
Masa awal-awal buat ig ni dulu, Uni fikir nak tepek je gambar cod sana sini banyak-banyak.

Bila dah letak gambar cod, ada prospek mesej tanya "takde pos ke?"

Kalau sorang je yang tanya, takpelah.

Tapi bila dikira-kira, lebih dari 10 orang tanya benda yang sama T_T

So Uni pun tepek sekali gambar Uni pos. Sejak tu takde dah orang tanya soalan tu. Lega hati mak sebab mesej sampai kepada pembaca ig.

Walaupun ig untuk cod, dari sini pun masuk order untuk pos juga. Syukur Alhamdulillah 🤲

After some time Uni terfikir nak add more to the collection iaitu nak ADD STORY TO THE PICTURE sebab pada Uni, setiap kali Uni berurusan dengan cust Uni, pasti ada sesuatu yang dapat Uni simpan buat panduan, kenangan dan ingatan.

Setakat ini, bila tengok setiap gambar, Uni dapat ingat most of the COD Shaklee stories behind it and I am proud + happy of it ❤️

Bersusah-susah dahulu
Bersenang-senang kemudian
Satu masa nanti semua ini akan jadi kenangan manis untuk dikenang
Bukti bahawa Uni bukan buat sambil lewa tapi Uni letakkan segala-galanya dalam apa yang Uni sedang usahakan

Keep going
Keep running
Almost there
Almost there
Seeing myself at the top

P/s : abaikan post campur-campur bahasa, yang penting mesejnya. Uni belum pandai tulis Mandarin, kalau tak Uni pasti campur sekali :)



***********************************************************************

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
Be First to Post Comment !