Top Social

Selamat Tahun Baru 2020

Thursday, January 2, 2020

Dah masuk hari kedua baru sempat wish hehee

Semalam uruskan anak-anak sekolah. Kami kumpulan A dah start sekolah semalam.

Untuk semalam, memandangkan suami pun cuti, rasa steady sikit.

Sempatlah suami masak mee goreng dan Uni buat nasi lemak untuk makan kami sekeluarga dari pagi sampai ke malam.

Haziq sesi pagi tahun ni, bangun pagi solat Subuh sampai terlupa nak baca doa Qunut. Itu pun lepas Abahnya dah tegur, baru teringat 😂

Aimi darjah 1 tahun ni, setakat semalam okay cuma macam biasa, Aimi sejenis orang yang nak pergi awal ke sekolah. Mesti awal awal awal. Sejak dari tadika lagi memang dia macam ni. Semalam masa beratur kat sek agama, Aimi beratur belakang sekali. Pastu dia tanya,

"Mama, kita ni lambat sampai ke sebab Aimi beratur paling belakang ni".

Gigih Mama fikir, last-last "Taklah Aimi, hari ni kan hari pertama, tak kisah beratur depan atau belakang pun" sambil Mama cuba tukar topik sebab Mama rasa jawapan Mama tu langsung tak menjawab soalan Aimi hahaha.

Kejap lagi bila Aimi dah pandai tengok jam tak dapatlah Mama macam ni lagi :P

Untuk Haziq, tahun ni jadi pengawas sekolah agama, dah 3 tahun non stop cakap nak jadi pengawas akhirnya tercapai juga tahun ni.

Mama tanya "pengawas buat kerja apa?"

"Jaga pagar, jaga tangga, jaga barisan, tapi hari ni belum start kerja lagi. Esok kot baru start kerja".

Lahh anakku ingat pengawas tu sejenis pekerjaan ke, hahhaha..

"Best ke jadi pengawas?"

"Entah, Haziq rasa biasa je. Tapi susah sikitlah nak main kejar-kejar. Pengawas kan kena jaga macam-macam".

Terus Mama tergelak lagi. Dia lagi kisah main kejar-kejar dengan kawan-kawan rupanya :D

Pergi sekolah kebangsaan, Mama tak tunggu Aimi, cikgu dah pesan awal-awal tak boleh masuk dalam sekolah.

Masa Haziq dulu, 2 minggu pertama parents boleh keluar masuk sekolah. Okay sekarang rules baru. Kita follow.

Malam tadi tepat pukul 10 malam, lights off. Mama jadi cikgu disiplin merangkap warden asrama. Anak-anak semua kena tidur awal biar senang bangun pagi.

Yang kelakarnya, Mama suruh anak-anak tidur tapi dengan Abahnya tidur sekali. Penat uruskan anak, katanya. Adoi, baru satu hari. Mama ni hari-hari :D

Selamat menguruskan anak-anak to all moms and dads out there. Enjoy the MOMENT! ❤️


#ShakleeWAHM
#MamaBanyakTopi
#LoveMyFamily
#SyukurSelalu
Be First to Post Comment !